Apr 27, 2012

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"


Ini Khalish
Anda tahu maksud Khalish? Yakin dgn gelengan anda? Muktamad, tak ada talian hayat tahu..? 
Satu malam yang hening, angin kipas sepoi2, Allah gerakkan jemariku untuk menulis di blog yang dah lama dibuka tapi tak terlihat tanda2 tulisan akan muncul. Ish3~ Alhamdulillah, ku beri nama blog ni Khalish - more decent than the previous one (tak perlulah cerita nama blog yang sebelum ni, rahsiaaaaa =p). So, tahu tak ni maksud Khalish? Let's google it!

"Khalish - Boy|Baby Names" alolo,comelnya~~

Sebenarnya tak perlu cari jauh2. In this globalised and technological days (feel like writing an essay), when we are clueless about something, we will quickly 'cucuk' our broadband into the USB port and start googling for it. Somehow we tend to forget the most reliable and powerful search engine - our Al-Quran.


"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara (saluran) najis dengan darah (iaitu) susu yang suci, yang mudah ditelan, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."



photo by Waqar Bukhari


Labanan khalishan - susu yang suci. 
Suci, murni, bersih. Mahukan hati yang sama macam susu. Putih bersih, tak tercampur dengan apa2 pun. Bayangkan ada setitik benda alah berwarna coklat atau merah dalam susu ni, agak2 orang minum tak? Tak kannn.. 
Jika susu yang keluar di antara saluran najis dan darah lembu tu boleh survive 100% suci dan murni (suci dan murni~), hati manusia ni saaangat susah nak dijaga wahai insan. Tetapi Allah meyakinkan diri ini dengan janji-janjiNya tentang ketenteraman jiwa di dunia, pertolongan dalam waktu dan bentuk yang tak disangka2, ganjaran syurga dan bermacam lagi. Tak mustahil dunia yang cambest (tapi akhirat lagi besh!) ni mengaburi hati yang tak sempurna ini...
Yes, diri ini tak sempurna tetapi boleh mencintai Yang Mah Sempurna sesempurna kemampuan yang Allah kurniakan, kemampuan yang sebenarnya tak mampu dibayang dek akal manusia yang logik sains semata. InsyaAllah, diri ini akan cuba usaha walaupun jatuh berkali2 kerana hati yang terkadang tercampur dengan benda2 yang tak sepatutnya.. Allah kira usaha kan? :]<3


Saya cikgu Bahasa Inggeris.
Jadi, kena tahan sikit sekiranya bahasa dalam blog ini agak caca merba ataupun skema. Skema pun bagus juga sebenarnya, terkawal sedikit diri ini untuk bersikap normal. Analogi yang pelik2 itu mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya=p
Menarik ke nak tahu Islam ni daripada kaca mata seorang graduan TESL?